Tag Archives: Sunyi hati

Kesunyian Hati,,,,

19 Mar

Ketika hati sunyi dan ketakutan yang teramat

Tiada tempat untuk kusandarkan duka yang sedang membelah jiwa

Aku hanya seorang pengembara asing yang berhenti singgah mencari tapak bahagia, keluar dari darita, lalu tiba di maya pada

Ku berjerih payah membina kembali

Semangat hidup yang pernah lenyap suatu ketika dahulu

Ku bina dengan tabah dan airĀ  mata

Sehingga ku mampu berdiri walaupun ketika sedang disakiti oleh kenangan dan kerinduan lama

Kini,,,, aku bagaikan kembali terjatuh kelembah yang gelap, dingin, sunyi dan menyakitkan

Biarpun tak sendiri, meraba-raba dalam do’anya kepada Illahi

Hanya Dia saja yang masih ada dan sedang memperhatikanku

Ombak dilaut bergulung kasar, menghempas ke pantai berulang-ulang

Ketika langit malam gelap mendung mengandungi hujan

Kurasakan diri bagaikan sedang bersendirian

Di sebuah pantai yang tak berpenghuni sedang sujud sedih dipinggirku

Datang ombak membawa hanyut ke laut dalam

Gelap, sejuk, dingin, sepi dan terombang-ambing tanpa mampu bernafas lagi

Hanya Tuhan sajalah yang dapat membantunya,,,,,!